Hari ini adalah hari yang sungguh gembira kerana aku akan menjalani program latihan khidmat negara di KEM PLKN PUSAT BINA SEMANGAT YPJ, MERSING. Actually, aku bukan excited sangat kan nak pergi tapi seronok laa kan sebab ramai cakap pergi plkn ni best banyak aktiviti yang menyeronokan tapi kan yang paling aku teringin sangat kan ialah nak buat aktiviti menembak hahaha maklumlaa kan mana laa pernah pegang senjata seumur hidup hehehe :D Pagi tuu mama aku hantar aku pergi dataran bandaraya sebab dari situ semua pelatih akan dibawa hehe, jadi sampai jee katsane aku terus pergi ke ruangan pendaftaran tapi kan kena beratur panjang taw sebab ramai sangat time tuu dahlaa sesak kan hmm tapi akhirnya sampai juga giliran aku hehehe bagi kad pengenalan then tiket bas. Lepastuu aku pun naik bas tapi aku lupa laa number plat bas yang aku naik tu ape tapi itu semua tak penting yang penting aku dapat tempat duduk hehehehe (: Tapi kan mama aku macam sedih jee tengok aku dah nak pergi taw, aku actually dahnak nangis tapi aku tahan kann jee sebab dalam bas kan ramai orang malu laa aku kalau nangis hmmmm.
Akhirnya, bas pun berjalan dalam kul 9 lebih gitu hehehe mama aku pun lambai tangan maknanya ucapkan selamat tinggal & jaga diri katsane nanti. Dalam perjalanan yang seronok itu dengan kawan baru kat dalam bas aku pun susah nak tidur jadi aku melihat pandangan diluar sahaja hahaha ingatkan dapat tengok kawasan perbandaran tapi hutan jee boring betul hehe :D Aku tengok kawan yang lain seronok jee tido ade yang sampai mulut terbuka hahaha memang kelakar pastuu ade yang dengar lagu. Tapi kan time ni laa aku punya alat sulit buat hal nak terkencing agaknyaa aku tahan dah 15 minit kot, alhamdulillah cikgu pengiring suruh pakcik bas tu berhenti kat tempat kedai makan -.- hahaha ingatkan nak makan kawan dalam bas pun cakap nak pergi makan ke cikgu hehehe pastu cikgu cakap takdelaa siapa nak kencing tu cepat. Cikgu tuu macam faham jee kan aku tengah tahan kencing ^0^ then dah habis semua kami semua teruskan perjalanan sampai ke kem hahahahah XD
Setibanya kami semua kat kem tetiba jurulatih mata juling naik bas mengarahkan kami semua turun dan bawa semua barang kami dan surat semua lepastuu beratur di dewan makan. Hmmm aku pun ape lagi bergegas bawa barang aku dan beratur kat dewan makan tuu :D Kat dewan makan tu kami semua kena daftarkan diri sebagai wira untuk yang lelaki yang perempuan sebagai wirawati. Then tibalah giliran aku kena daftar sebagai wira, jurulatih minta kad pengenalan dan dokumen ape entah lepastuu tetiba jee dia bagi aku kertas berabjad C ? Hmmm aku pun taktahu ape maksud tetapi aku teruskan dengan check medical dan sebagainya. Lepastuu aku nampak sekumpulan wira & wirawati dalam kiraan 30 lebih gitu pergi ke dewan makan. Dalam fikiran aku rupanya ada kumpulan lain yang telah sampai kesini semalam hahahah tapi mereka semua kebanyakan dari melaka dan pahang (: Mereka semua ke kantin untuk makan tengahari hahaha & selepas habis semua pendaftaran dan medical check up kami semua makan tengahari hehehe XD
Seterusnyaa, kami semua diarahkan untuk pergi ke dorm. Sampai disana ade 3 orang jurulatih sedang menunggu kehadiran kami hahahahaha agak mengerunkan sebab mereka semua buat muka agak serius kononya garanglaa. Katsituu dia membuat spotcheck supaya kami tak bawa barang yang dilarang dan selepas habis spotcheck jurulatih tersebut melihat kertas berabjad C itu rupanyaa itu name company aku iaitu charlie dan dorm aku di blok C2 hahahaha XD Bile masuk jee yang ade kat dalam tu macam pelik je tengok aku hahaha aku pun buat bodoh terus pilih katil, susun barang dan rehat sekejap. Dalam jam 4 petang kami semua diarahkan untuk solat asar terlebih dahulu lepastuu berkumpul di dewan makan (: hahahaha memang riuh kat dalam dewan makan tuu kami kena beratur lepastu kira kekuatan company then melapor pastu baca doa makan dan terus makan apa yang disediakan. Lepas makan, kami semua diberi taklimat untuk malam nanti jadi kami semua balik ke dorm mandi then pergi surau untuk solat jemaah maghrib dan isyak :D
Selepas solat jemaah, kami semua beratur dan terus ke dewan makan untuk makan malam dan selepas melapor kami diarahkan untuk balik ke dorm berehat dan tidur untuk menunggu hari esok. Balik ke dorm tanpa saling kenal mengenali aku terus tidur sebab terlalu kepenatan XD
TAMAT : 2 MAC 2012
TO BE CONTINUED